Monday, May 16, 2011

SOALAN LAZIM TENTANG PENJAGAAN ARNAB -BHGN 2

7 – Bagaimana untuk bermain dengan arnab anda?

Arnab memang merupakan haiwan peliharaan yang comel dan menyenangkan hati.Tetapi,mereka bukanlah haiwan yang cepat mesra dengan manusia.Jadi,bagaimana caranya?

Perkara utama yang anda perlu tahu ialah anda perlu membiarkan arnab peliharaan anda untuk datang sendiri kepada anda dan biarkan mereka keluar sendiri dari sangkar kerana secara normal,arnab tidak suka jika diangkat atau dipegang oleh orang yang pertama kali ditemuinya. Jadi,biarkan mereka keluar sendiri dan bermain di kawasan yang disukai tanpa diangkat.

Selain itu,anda juga boleh meletakkan barang mainan supaya arnab boleh bermain dengan memanjat dan mencuba sesuatu yang baru.Perlu diingatkan arnab suka mengunyah dengan benda disekeliling mereka dan kayu adalah kurang sesuai untuk mereka bermain.Pilihlah barangan mainan daripada material getah yang sedikit keras tetapi cukup lembut untuk mereka bermain.

8 – Adakah arnab saya perlu diletakkan dalam sangkar?

Ya.Mereka memerlukan sangkar dan jika berkemampuan,bina sangkar yang lebih besar.

9 – Adakah mendisiplinkan arnab berkesan?

Selalunya keputusan bergantung kepada cara mendisiplinkan arnab dan perangai arnab itu sendiri kerana arnab berkomunikasi dengan pelbagai cara dan berlainan. 

10 – Kenapa arnab suka mengunyah dan menggali?

Perangai semulajadi arnab yang suka mengunyah dan menggali.Jadi,caranya ialah anda perlulah cari atau bina kawasan yang mana anda dan arnab anda boleh bermain bersama.Contohnya,di kawasan padang yang mempunyai rumput.Pagarkan kawasan berkeluasan kecil di luar kawasan rumah.Arnab anda akan kurang mengunyah apabila mereka semakin dewasa,tetapi jangan sangka mereka akan berhenti mengunyah dan menggali sepenuhnya.Kerana mereka tidak akan berhenti mengunyah sehingga mereka mati.

11 – Adakah pembedahan selamat untuk arnab?

Ya,ianya adalah selamat untuk melakukan pembedahan kepada arnab anda terutamanya pembedahan pengkembirian dan pemandulan.Pendapat peribadi saya mengatakan pembedahan selain di atas tidak diperlukan.Umur seekor arnab yang layak untuk melakukan pembedahan kembiri adalah:

·        Arnab betina – 6 bulan
·        Arnab jantan – 5 bulan

Kos pembedahan Pembedahan kecil (haiwan kecil) selalunya adalah RM30.00 dan pembedahan besar (haiwan kecil) 100.00

12 – Apa itu Pengkembirian dan Pemandulan?

Bukan sahaja arnab binatang yang mengalami proses ini.Jadi,ianya adalah normal.Kebanyakan tuan punya arnab melakukan proses ini untuk menjadikan arnab mereka lebih baik iaitu mereka lebih gemuk,jinak dan tidak perlu bergaduh atau bersaing dengan arnab lain untuk mengawan.Bulu mereka juga lebih gebu daripada arnab biasa.Selain itu,kebaikannya yang lain ialah untuk mengelakkan arnab betina daripada mendapat penyakit kanser salur peranakan, dan arnab jantan pula kurang kencing merata-rata,kurang perkembangan hormon dan menjadi arnab peliharaan yang lebih manja.

1 comment:

  1. Hai,.. boleh tak suggestkan tempat untuk neuter arnab area selangor? TQ

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...