1 – Berapa lamakah arnab peliharaan saya akan hidup?
Kebanyakan haiwan rodensia mempunyai jangka hayat yang sederhana dan jika mereka dapat menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan sekeliling, arnab akan dapat hidup sehingga 5 ke 10 tahun dan ianya adalah umur normal arnab.
2 – Bolehkah saya mempunyai beberapa arnab peliharaan bermain bersama di dalam satu kawasan?
Ya,anda boleh buat begitu.Kadangkala mereka mungkin akan juga bergaduh seperti anak-anak kucing bermain,tetapi ini adalah normal untuk pertama kali dan haruslah berusaha untuk mengelakkannya atau tidak menggalakkannya lebih kerap berlaku untuk mengelakkan kecederaan.
“Boys and girls together usually work fine.
Girl and girl often times fight a little.
Boy and boy will normally fight a little at first”.
Girl and girl often times fight a little.
Boy and boy will normally fight a little at first”.
Mereka akan cuba untuk mengawan,dan jika anda tidak mahu arnab anda melahirkan banyak anak,anda digalakkan untuk melakukan pembedahan membuang organ peranakan arnab betina (spayed).
Pada permulaannya,mereka mungkin akan bergaduh sesama sendiri,tetapi selepas beberapa lama mereka boleh mengenali bau dan rupa masing-masing dan bermain bersama.Jika mereka tidak bergaduh,mereka boleh menjadi kawan dalam masa beberapa hari.
Jangan biarkan arnab-arnab anda bergaduh untuk mengelakkan kecederaan dan trauma kepada arnab-arnab lain dan juga anda sendiri.Apabila anda melihat salah seekor arnab anda ingin memulakan pergaduhan,anda boleh mendisiplinkan mereka dengan menyembur air menggunakan penyembur dan ini merupakan salah satu kaedah bagus untuk mendisiplinkan mereka.
3 – Adakah OK jika kandang arnab saya diletakkan di luar rumah?
Ya,boleh.Cuma anda perlu memastikan haiwan-haiwan pemangsa tidak boleh mendekati arnab-arnab anda.Anda boleh menggunakan kandang buatan sendiri dengan menggunakan jaring yang mempunyai besar lubang 1cm x 1 cm.Pastikan pengaliran udara adalah baik.ataupun jika anda mampu membina sebuah kawasan untuk arnab anda lebih selamat dan selesa anda boleh bina kawasan yang lebih luas dan besar serta selamat.
4 – Perlukah saya sediakan 2 buah kandang untuk 2 ekor arnab saya supaya mereka boleh berkawan dan mempunyai teman?
Ya,anda digalakkan untuk berbuat begitu.Tambahan pula,jika anda ingin melihat mereka anda boleh membuatkan arnab anda merasa mereka mempunyai kawan dan tidak kesunyian.
5 – Adakah OK jika saya meletakkan arnab peliharaan saya di dalam kandang yang berlantaikan jaring dawai dan bekas najis di bawahnya?
Lantai dawai mungkin keras untuk arnab lebih-lebih lagi untuk arnab yang mempunyai tapak kaki yang sedikit lembut seperti arnab Anggora.Tetapi,lantai dawai adalah sesuai dan normal untuk arnab dan pastikan saiz dawai adalah bersesuaian dengan arnab anda supaya kaki mereka tidak tersekat ataupun termasuk di antara celah-celah jaring.Jika arnab anda daripada jenis Rex ataupun daripada spesis rendah atau berbulu pendek mereka memerlukan sesuatu untuk berdiri.
Selain itu, anda juga perlu tahu jika anda meletakkan meletakkan rumput yang banyak di dalam kandang arnab,mereka akan suka untuk berdiri di atas timbunan rumput-rumput tersebut.Jangan lupa sebelum meletakkan rumput yang baru,keluarkan rumput yang sudah kering agar kebersihan kandang tetap terjaga.
6 – Bagaimana menguruskan najis dan bekas najis arnab?
Jika anda membela arnab di dalam rumah,selalunya akan disediakan sekali bekas najis di bawah kandang arnab.Jadi,kebersihan dan keselesaan arnab semestinya harus dititik-beratkan.Seperti yang kita ketahui, kencing arnab adalah berbau kuat dan boleh menyebabkan udara persekitaran menjadi hancing dan busuk.Untuk mengelakkan masalah ini, anda dicadangkan menggunakan kaedah mudah dan senang dengan meletakkan serbuk kayu manis supaya ia dapat menyerap bau-bauan yang kurang menyenangkan tersebut.
Selain itu,setiap kali anda ingin membasuh bekas najis tersebut,najis arnab tersebut jangan dibazirkan kerana ianya adalah sangat sesuai untuk digunakan sebagai baja kerana sumber makanan arnab itu sendiri yang mempunyai serat dan nutrisi yang bagus untuk tumbuhan.Semasa membasuh,cuba gunakan cuka putih untuk menghilangkan baki bau-bauan yang kurang enak tersebut.
Perlu diingatkan,apa yang penting ialah penjagaan arnab memerlukan kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang sangat bagus supaya tidak mengganggu kesejahteraan anda dan juga arnab anda.
No comments:
Post a Comment