Thursday, September 29, 2011

MUSIM BARU SUDAH TIBA...

Apa khabar para pencinta arnab diluar sana?Lama sungguh saya tidak mengemaskinikan blog ni.Macam-macam yang berlaku di ladang Taman Arnab Bukit Badong tapi tiada kesempatan untuk menceritakannya.Apa lagi yang saya belum maklumkan kepada anda tentang perihal menjaga arnab.Mungkin di lain entry saya akan berkongsi jenis - jenis ubat,vitamin dan keperluan penjagaan arnab.Entry kali ini mungkin pencinta-pencinta arnab mahu melihat perkembangan terbaru di ladang.Memandangkan gambar lebih menarik,biarkan gambar sahaja yang memberitahu anda...


Hai...saya Abu.Saya baru di sini.Sila beri tunjuk ajar...(^v^)
Memandangkan tahun 2011 semakin hampir ke hujungnya, tuan punya ladang mula mengembang-biakkan arnab-arnab dari jenis arnab perhiasan/peliharaan.Selalunya stok permintaan untuk arnab perhiasan semakin meningkat di awal tahun sebagai hadiah untuk anak-anak dan juga diri sendiri.


Okey...jangan tak tahu,Ladang Taman Arnab Bukit Badong sudah ada koleksi haiwan baru!.



 Kepada para pengunjung taman ini, kalau mahu mencuba aktiviti lain selain bermain dengan arnab,anda boleh mencungkil bakat menunggang kuda.Jangan risau, kuda ni kuda yang terlatih dan jinak.Sudah teruja??Mari ke ladang la,kawan...



Kepada penggemar2 daging arnab,serahkan kepada para penyembelih terlatih di ladang untuk menyediakannya.Arnab yang disembelih adalah daripada spesis New Zealand White.Jangan risau,arnab jenis ini memang dipelihara untuk daging dan bulunya.



 
Hohoho...semangat antarabangsa!They said they would come again just to play with the rabbits and feed them.Mari!Mari!



He3...Lastly,tengoklah tauke ladang sedang sibuk bergurau dengan arnab-arnab dari spesis Anggora.





P/S: Sehingga hujung tahun ini,stok untuk spesis Angora masih banyak di ladang kami.Silakan datang ye...Cepat rebut sementara stok masih ada...

Thursday, May 19, 2011

KANDUNGAN ZAT DAGING ARNAB

Tok Janggut kegembiraan dengan sate arnab dan rendang arnab.Nice one!

Bagi sesiapa yang belum lagi mengetahui kebaikan kandungan nutrien di dalam daging arnab,carta di bawah mungkin sedikit sebanyak membantu anda membuat perbandingan di antara daging arnab dan daging-daging lain.Daging arnab memang lebih berkhasiat dan selain seronok menternak mereka yang gebu dan comel,anda juga dapat kebaikan kandungan nutrien di dalamnya.

Sumber : Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat (USDA)

Jenis daging
Protein %
Lemak %
Kalori
Arnab
20.8
10.2
795
Ayam
20.0
11.0
810
Lembu muda
18.8
14.0
910
Ayam belanda
20.1
22.2
1190
Kambing biri-biri muda
15.7
27.7
1420
Lembu
16.3
28.0
1440
Khinzir
11.9
45.0
2050

Daging arnab boleh dijadikan sebagai sumber makanan berasaskan daging yang mempunyai sumber protein yang tinggi dan kandungan lemak yang rendah.Daging arnab juga boleh dimasak mengikut kesukaan selera makan anda seperti juga daging - daging lain .Semoga anda juga dapat menikmati keenakan daging arnab ini yang mempunyai persamaan rasa seperti daging ayam, Cuma daging arnab sedikit tawar dan kami mencadangkan kepada anda untuk memasak daging arnab secara berkuah ataupun tumis dengan rempah yang banyak.Jika digoreng atau panggang,kemanisan daging kurang dirasai.Semoga berjaya dengan resepi anda!

Tuesday, May 17, 2011

HUKUM MEMAKAN DAGING ARNAB




Sate arnab dan daging arnab masak Black Pepper

        Daging arnab adalah halal dimakan, sama seperti haiwan mamalia maun (mamalia herbivore) yang telah dibincangkan sebelum ini. Daging arnab amat sesuai untuk menghangatkan badan serta mengeringkan badan.Manakala, bahagian daging arnab yang terbaik adalah daging di pangkal pehanya yang sebelah kanan.  
Dengan memakan daging arnab, seseorang boleh mendapat struktur perut yang lebih kecil (perut yang kecil mampu mengawal pengambilan bahan makanan yang terlalu banyak sekaligus mengurangkan risiko obesiti (berat badan melampau) serta kencing manis).Pengambilan daging arnab yang terkawal juga boleh melancarkan aliran air kencing dan menghancurkan batu karang pada salur dan pundi kencing. Pengambilan daging arnab di bahagian kepalanya secara terkawal mampu menjadi penawar kepada seseorang yang mengalami penyakit menggeletar.

Berikut adalah maksud sepotong Hadis berkenaan kebolehan memakan daging arnab;

Dari Annas bin Malik RA, ia berkata: 

“Meloncati kami seekor arnab, maka mereka berusaha mengejarnya dan berhasil menangkapnya. Lalu Abu Talhah mengirimkan pangkal pehanya (arnab itu) kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda menerimanya”.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)(Asy-Syaikhan)

JENIS-JENIS ARNAB KELUARAN LADANG - 2

BAKA PERHIASAN

1) ANGORA

* Untuk mengetahui jenis dan harga Anggora yang terdapat di ladang,sila hubungi Tuan Haji Ismail Padil.Stock for availability.

Asal : Turki
Berat :  Bergantung kepada jenis Anggora.Kebiasaannya ialah 2 - 4 kg.

 

Ciri - ciri : 
  • Bulu : Tebal dan lembut. Sesuai dijadikan produk berasaskan bulu.
  • Kawasan yang tidak mempunyai bulu lebat adalah di bahagian muka iaitu hidung dan mulut.
  • Ciri-ciri lain bergantung kepada 4 jenis baka Angora yang utama iaitu English Angora, French Angora, Giant Angora dan Satin Angora.
Keistimewaan : Arnab Angora aktif, suka bermain dan sosial dan juga mempunyai pelbagai personaliti yang menarik. Mereka suka jika perhatian tuan punya diberikan kepada mereka dan suka berkawan dengan arnab yang lain.Kebanyakan arnab ini yang tinggal di kawasan dalam rumah akan berkawan baik dengan haiwan peliharaan lain seperti kucing dan boleh tidur bersama-sama. Mereka juga suka jika diberikan mainan yang lembut berunsurkan getah dan kain seperti sarung tangan lama.




2) LION HEAD




Asal : Belgium
Berat : 1 - 2 kg

Ciri - ciri :

  • Berbulu panjang di sekitar muka dan hampir menyerupai bulu tengkuk singa jantan.
  • Kaki dan badan yang sederhana besar.
  • Telinga yang lebih pendek dan tebal berbanding arnab jenis lain.
  • Kepala yang bulat dan bersaiz kecil.
  • Mempunyai 2 jenis yang ketara iaitu Single Mane dan Double Mane.Single Mane (Mm) mempunyai bulu tengkuk di sekeliling kepala,telinga dan dagu dan kadangkala di bahagian dada.Selalunya bulu tengkuk mereka akan berkurangan apabila meningkat dewasa.
  •  Double Mane (MM) mempunyai bulu tengkuk yang sama di bahagian kepala dan kadangkala di bahagian belakang ,ekor dan pinggul.
Keistimewaan : Jinak dan aktif.Sangat cantik jika dijadikan arnab perhiasan.

3) HOLLAND LOPS


Asal : Belanda
Berat : 1.8 kg +-

Ciri - ciri :

  • Saiz yang kompak dan warna bulu yang cantik
  • Telinga yang berlainan daripada arnab-arnab yang lain iaitu jatuh ke bawah.
  • Badan : Sedikit berotot,dada yang sedikit ke dalam dan kaki yang pendek dan tebal.
  • Warna yang paling banyak untuk jenis ini ialah tortoise,pecahan hitam,hitam,dan pecahan jingga.
  • Mata : Biru dan merah delima.
  • Muka : Bulat dan comel.

Keistimewaan : Arnab Holland Lops mempunyai sikap yang lemah-lembut sapadan dengan saiznya yang kecil.Sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan di luar ataupun di dalam rumah.Tetapi jika diletakkan di dalam rumah, pastikan mereka tidak terjerat dengan sebarang wayar yang berselirat,tumbuhan beracun dan binatang peliharaan lain seperti kucing disebabkan saiznya yang kecil.


4) NETHERLAND DWARF


Asal : Belanda
Berat : 1.1 kg


   
  Ciri -ciri :
  • Saiz : Lebih kurang 5-7 inci.
  • Seperti bentuk Guinea Pig
  • Muka : Bulat dan pendek.
  • Badan : Kepala dan mata seimbang dengan bentuk dan kadar saiz badannya.Keadaan ini adalah disebabkan kekerdilan dalam gen arnab jenis ini.
  • Telinga : Kecil dan terletak sedikit tinggi di bahagian atas kepala.
Keistimewaan : Comel dan senang dipegang.Mudah di jaga dan di bawa ke mana sahaja.Jinak tetapi sedikit takut dengan manusia untuk pertemuan pertama kali.


*Gambar-gambar arnab di atas adalah daripada arkib Ladang Taman Arnab Bukit Badong.Produk yang dipamerkan mungkin sudah dijual ataupun di tempah oleh pelanggan.Tuntutan dan pertanyaan mengenai arnab di dalam gambar di atas adalah bergantung kepada stok.Sekian,terima kasih daun keladi....:)

JENIS-JENIS ARNAB KELUARAN LADANG

Assalamualaikum....Untuk pengetahuan para penternak,bakal penternak,peminat-peminat arnab yang berminat untuk mengetahui jenis-jenis arnab yang terdapat di Ladang Taman Arnab Bukit Badong.Terdapat 2 jenis baka arnab yang dibiakkan iaitu daripada baka pedaging dan baka perhiasan/peliharaan.Di sini,disertakan jenis-jenis arnab:





BAKA PEDAGING


1- NEW ZEALAND WHITE 

Asal : Amerika (USA)
Berat : Jantan = 4-5 kg
                  Betina = 4.5 - 5.5 kg
Ciri - ciri :
  • Kepala : Kuat dan berotot.Leher yang tidak panjang dan seolah-seolah tersembunyi.
  • Mata : Merah dan sentiasa nampak seperti berjaga – jaga
  • Telinga : Panjang dan seakan-akan berwarna merah jambu pucat samar dan berdiri tegak.
  • Badan : Lebar dan kuat serta berotot.Mempunyai dan kita boleh rasa daging yang pejal di bahagian tulang kaki dan pinggul
  • Kaki : Kaki belakang yang panjang dan kaki depan pendek.
  • Kuku jari : Putih atau berwarna daging
  • Bulu : Tidak berapa lembut dan tidak berapa gebu.Berwarna putih.Bulu sedikit tersimpul.

Keistimewaan: Baka paling sesuai dijadikan sebagai haiwan ternakan disebabkan daging yang banyak.

2 - CHINCHILLA


Asal : Perancis
Berat : Jantan = 2.5-3.1 kg
               Betina = 4.1 - 5.5. kg
Ciri - ciri :  
  • Bulu : Sedikit lebat dan gebu.Warna majoriti ialah kelabu asap.
  • Ekor : Bulat
  • Telinga : Berdiri tegak
  • Badan : sedikit melengkung ke tubuh yang berukuran sederhana panjang, bermula dari pangkal leher mereka dan mengikuti sampai ke bahagian punggung.Hampir serupa dengan Flemish Giant.
  • Mata : Coklat gelap.
Keistimewaan : Sesuai untuk dijadikan arnab pedaging dan lebih komersil.Mempunyai 3 baka pilihan dan paling sesuai ialah American Chinchilla.


3) DUTCH
Asal : England
Berat : 1.6 kg - 2.5 kg
Ciri -ciri :
  • Muka : Mudah dikenalpasti dengan bahagian atas berwarna majoriti seperti hitam dan muka berwarna putih.Warna putih berbentuk bulat di bahagian mulut kerana di bahagian pipi berwarna lain.
  • Telinga : Berdiri tegak dan berwarna sama dengan badan.
  • Bulu : Pendek dan berwarna putih dengan 6 warna berlainan iaitu Hitam,Biru (warna biru seakan-akan kelabu - tidak terdapat di ladang), Coklat/perang,Kelabu,Perak (Silver),Tortoise (warna terang,jingga dengan sedikit jaluran berwarna biru di sekeliling telinga,pankal misai dan behagian belakang badan. a bright, clean orange with slate blue shadings along the ears, whisker beds and hindquarters.
  • Badan : Padat,berbadan bulat dan sederhana panjang,kepala yang bulat dan comel, bentuk badan yang mantap,bulu telinga yang cantik dan pendek seperti di 'trim' dan mempunyai bulu keseluruhan badan yang berkilau dan kemas.Leher berwarna putih sehingga suku badan dan berakhir di bahagian kaki depan.
  • Kaki : Kaki depan berwarna putih seperti di muka dan kaki belakang juga berwarna putih.
Keistimewaan : Sesuai juga untuk dijadikan arnab perhiasan dan pertunjukan disebabkan keunikan warna dan corak di badannya.


4) FLEMISH GIANT
Anak Flemish Giant.Umur 1 bulan.Gambar induk akan dimuat turun dalam masa terdekat.:)
Asal : Belgium
Berat : 5.9 kg dan lebih
Ciri - ciri : 
  •  Badan : Bentuk melengkung daripada bahu hingga ke bahagian punggung.Mempunyai badan yang kuat dan berotot dan sejajar dengan bahagian abdomen tengah yang besar dan mantap.
  • Bulu : Padat dan berkilau.Mudah kembali ke bentuk asal jika bulu diusap dari belakang ke kepala.
  • Warna : Hitam,Biru ke kelabuan,coklat keperangan,Kelabu samar, Putih keperangan,Kelabu logam dan putih.
  • Pertumbuhan : Sedikit lambat berbanding arnab lain disebabkan saiznya yang besar dan arnab jantan mengambil masa kira-kira 1.5 tahun untuk mencapai tahap matang dan arnab betina ialah 1 tahun.
  • Umur matang untuk dibiakkan adalah dari umur 9 bulan ke 1 tahun untuk arnab betina.
  • Menghasilkan najis yang agak banyak berbanding arnab-arnab lain.
Keistimewaan : Flemish Giant adalah jenis arnab yang paling awal dikenalpasti dan antara yang tertua.Terkenal kerana saiz badannya yang besar.

5) ENGLISH SPOT
Asal : England
Berat : 2.3 - 3.6 kg
Ciri - ciri : 
  • Warna : Putih dengan tompokan Hitam, Biru, Coklat, Keemasan, Kelabu ataupun kehijaun.
  • Badan : 
  • Pengenalan arnab ini adalah berdasarkan tanda seperti rama-rama di hidung,telinga yang berwarna,mata yang mempunyai gegelung hitam ataupun warna lain,garisan pangjang  di sepanjang tulang belakang seperti bentuk tulang herring (spine marking), tanda di pipi dan rantaian tanda bercorak sepanjang badan.Badan yang panjang seperti haiwan rodensia lain dengan kaki depan yang panjang bagi memudahkan mereka berdiri.
  • Punggung : Berbentuk bulat dan sedikit luas berbanding dengan bahu mereka.
  • Telinga : Tegak

Keistimewaan : Terkenal dengan sikap mereka yang aktif dan sikap suka mengambil tahu sesuatu benda. Arnab ini memerlukan sekurang-kurangnya 1 jam hingga 2 jam untuk berlari di kawasan yang luas.Paling aktif pada waktu pagi dan malam dan tidur pada waktu siang.


*Gambar-gambar arnab di atas adalah daripada arkib Ladang Taman Arnab Bukit Badong.Produk yang dipamerkan mungkin sudah dijual ataupun di tempah oleh pelanggan.Tuntutan dan pertanyaan mengenai arnab di dalam gambar di atas adalah bergantung kepada stok.Sekian,terima kasih daun keladi....:)

Monday, May 16, 2011

SOALAN LAZIM TENTANG PENJAGAAN ARNAB -BHGN 2

7 – Bagaimana untuk bermain dengan arnab anda?

Arnab memang merupakan haiwan peliharaan yang comel dan menyenangkan hati.Tetapi,mereka bukanlah haiwan yang cepat mesra dengan manusia.Jadi,bagaimana caranya?

Perkara utama yang anda perlu tahu ialah anda perlu membiarkan arnab peliharaan anda untuk datang sendiri kepada anda dan biarkan mereka keluar sendiri dari sangkar kerana secara normal,arnab tidak suka jika diangkat atau dipegang oleh orang yang pertama kali ditemuinya. Jadi,biarkan mereka keluar sendiri dan bermain di kawasan yang disukai tanpa diangkat.

Selain itu,anda juga boleh meletakkan barang mainan supaya arnab boleh bermain dengan memanjat dan mencuba sesuatu yang baru.Perlu diingatkan arnab suka mengunyah dengan benda disekeliling mereka dan kayu adalah kurang sesuai untuk mereka bermain.Pilihlah barangan mainan daripada material getah yang sedikit keras tetapi cukup lembut untuk mereka bermain.

8 – Adakah arnab saya perlu diletakkan dalam sangkar?

Ya.Mereka memerlukan sangkar dan jika berkemampuan,bina sangkar yang lebih besar.

9 – Adakah mendisiplinkan arnab berkesan?

Selalunya keputusan bergantung kepada cara mendisiplinkan arnab dan perangai arnab itu sendiri kerana arnab berkomunikasi dengan pelbagai cara dan berlainan. 

10 – Kenapa arnab suka mengunyah dan menggali?

Perangai semulajadi arnab yang suka mengunyah dan menggali.Jadi,caranya ialah anda perlulah cari atau bina kawasan yang mana anda dan arnab anda boleh bermain bersama.Contohnya,di kawasan padang yang mempunyai rumput.Pagarkan kawasan berkeluasan kecil di luar kawasan rumah.Arnab anda akan kurang mengunyah apabila mereka semakin dewasa,tetapi jangan sangka mereka akan berhenti mengunyah dan menggali sepenuhnya.Kerana mereka tidak akan berhenti mengunyah sehingga mereka mati.

11 – Adakah pembedahan selamat untuk arnab?

Ya,ianya adalah selamat untuk melakukan pembedahan kepada arnab anda terutamanya pembedahan pengkembirian dan pemandulan.Pendapat peribadi saya mengatakan pembedahan selain di atas tidak diperlukan.Umur seekor arnab yang layak untuk melakukan pembedahan kembiri adalah:

·        Arnab betina – 6 bulan
·        Arnab jantan – 5 bulan

Kos pembedahan Pembedahan kecil (haiwan kecil) selalunya adalah RM30.00 dan pembedahan besar (haiwan kecil) 100.00

12 – Apa itu Pengkembirian dan Pemandulan?

Bukan sahaja arnab binatang yang mengalami proses ini.Jadi,ianya adalah normal.Kebanyakan tuan punya arnab melakukan proses ini untuk menjadikan arnab mereka lebih baik iaitu mereka lebih gemuk,jinak dan tidak perlu bergaduh atau bersaing dengan arnab lain untuk mengawan.Bulu mereka juga lebih gebu daripada arnab biasa.Selain itu,kebaikannya yang lain ialah untuk mengelakkan arnab betina daripada mendapat penyakit kanser salur peranakan, dan arnab jantan pula kurang kencing merata-rata,kurang perkembangan hormon dan menjadi arnab peliharaan yang lebih manja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...