Friday, November 16, 2012

MENGENAL JANTINA ARNAB

Assalamualaikum...

Ramai penggemar arnab di luar sana yang selalu mengalami masalah untuk mengenal pasti jantina arnab yang dibela.Kadang-kadang,jika kita bertanya kepada penjual adakalanya jantina yang dikenalpasti adalah salah.Kalau kita sudah mahir mengenalpasti jantina arnab,maka senanglah kerja kita di kemudian hari untuk merancang pembiakan arnab,kawalan mutu terhadap arnab yang hendak dibiakkan dan merancang bilangan produktiviti setiap ternakan.Jadi,hari ini saya akan berzakat ilmu untuk penggemar-penggemar arnab di luar sana cara-cara memastikan arnab kita adalah jantan ataupun betina.

Baiklah,jantina arnab boleh dikenalpasti dengan melihat kepada organ reproduction (pembiakan/kelamin). 


Arnab jantan.Pundi testis tidak kelihatan.Tapi,alat kelamin yang lebih menonjol berbanding arnab betina.Bonjolannya yang lebih bulat


Arnab betina mempunyai bonjolan yang hampir tiada dan di bahagian tengah ada celah (vulva) yang memanjang.

Proses mengenalpasti jantina arnab boleh dilakukan seawal umur 7 hari.Tetapi,kebiasaannya kita akan memeriksanya untuk kali kedua pada umur 2 bulan kerana pundi testis arnab lebih jelas kelihatan.

Jadi,para pemelihara arnab yang mahu belajar mengenalpasti boleh cuba-cuba sendiri dan berjaya membiakkan arnab dengan cara yang betul.

p/s: jangan kahwinkan arnab terlalu muda takut anak yang keluar akan menjadi kerdil.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...