Friday, January 28, 2011

PENYAKIT ARNAB (RABBIT DISEASES)

PENYAKIT ARNAB.. (T_T)"

Okeh,jangan panik bila dengar pasal penyakit arnab ni heh?Semua benda yang asasnya bernafas,makan dan be**k (apakah???nk kena mention jugak ke?hemoh3...) mesti akan didatangi virus-virus dan juga bermacam penyakit  lagi.Arnab menderita daripada pelbagai penyakit biasa yg boleh dicegah dengan langkah-langkah yg masuk akal.Dengan mempunyai pengetahuan asas tentang penyakit2 arnab ni,kalian bolehlah menyimpan duit daripada 'didermakan' kat veterinar2 sebab kebanyakannya boleh dirawat di rumah. So,di sini AntuArnab nak berkongsi serba sedikit tentang penyakit yg biasa kena pada arnab.Bukan ape,prevention is better than cure kan kan kan?.Baik...sila sediakan kertas dan nk copy paste dlm blog sendiri pun boleh..

1) TABIAT MEMAKAN BULU BADAN (BERGUMPAL MENJADI BOLA BULU- HAIRBALL)

Makan bulu?Bola bulu?Boleh buat main ke??Wahah..Untuk pengetahuan tuan-tuan & puan2 dan saudara saudari sekalian, arnab mempunyai tabiat memakan bulu badan,bulu kening & misai mereka.Bagi bulu badan,mereka akan mula makan bulunya sendiri di bahagian tepi,belakang & dada (Haish...x de keje lain ka?).Kenapa ye?Haaa..Ini disebabkan sejenis kecenderungan yg bernama 'deficiency of dietary fiber and gastricatony'.Mende tuh?Okeh,murid-murid..dalam bahasa ibundanya kekurangan serat dan gastricatony -
berkaitan dengan, mempengaruhi, atau kekurangan yang berasal dari perut..Ini disebabkan oleh keperluan seekor arnab untuk mempunyai diet yang tinggi dengan bijirin dan rendah kandungan alfalfa cenderung untuk makan kandungan rendah serat. Haih..x kan nk bagi makan Nestle pinggang ramping kot? Diam ko,Ajis! Baik...Sistem penghadaman seekor arnab dikatakan untuk menampung sejumlah besar serat untuk proses penghadaman.Kalau kurang sumber serat,jd pe?Hmm...jadinye..arnab akan cuba mencari sumber serat yg diorang dh nmpk dpn mate iaitu mula memakan bulu arnab itu sendiri.Jadinya.....sila cover mulut kalo x thn..






2) BENGKAK BERNANAH
Bengkak bernanah adalah gumpalan yang timbul secara tiba-tiba dan disebabkan daripada aksi drama pergaduhan nk tunjuk sape terer dan daripada luka2 dan kecederaan disebabkan hujung yang tajam pada bekas makanan ataupun sebagainya. Contoh2 yg biase dilihat:

Yang ni, keradangan sebelum jd nanah telinga ye kawan-kawan


Kesian kan?Arnab ni ader nanah di mata pula...

CARA MERAWAT:
- Cara yg boleh awak semua lakukan ialah,dengan kepitkan/jauhkan/gunting sikit bulu2 yg ader di sekitar luka,buat sedikit hirisan di bawah kawasan luka supaya ia boleh mengalir dengan baik dan kemudian,apa yg perlu anda lakukan ialah....mandikan/sapukan/alirkan arnab kesayangan anda dengan air garam/air laut ataupun antiseptik yg x terlalu menyakitkan arnab anda dan lakukannya 2 kali sehari sehingga ianya benar2 kering ye adik2..Lagi senang kalau yakin dgn kadar keimunan arnab anda,letak je minyak gamat.Hehe...Truly Malaysian style.



3) KURAP/MASALAH KULIT


· Kurap adalah disebabkan daripada kutu ataupun bahasa budak2 lelaki tungau (Psoroptes communis ear. cuniculi and Chorioptes cuniculi) yg sukati je nk dtg hinggap dkt dalam arnab daku punya telinga & menyebabkan kegatalan yg melampau dan menyebabkan arnab anda merasa jengkel kpd diri sendiri - pemalas betul tuan aku ni nk mandikan aku..(-___-").Ini akan menyebabkan berlakunya penipisan/keradangan kawasn yg diserang tungau jahat dan kemudian menyebabkan terjadilah kerak2 yg hodoh berwarna kecoklatan kekuningan...Kalau anda pernah melihat,arnab2 ini akn menggoyang2kan kepalanya dan berusaha berterusan nk garu kepala dan juga telinga yg dh dijangkiti itu...


CARA MERAWAT:
Sebelum merawatnya...pastikan kawasan atau ape2 pun yg anda semua panggil untuk kasi arnab ni tidur..HARUSlah dibuang ataupun bakar ataupun boleh dipanggil menyahjangkitan (awww) je terus sebab kutu/tungau ni boleh hidup selama 4 minggu lg tanpa hasil parasitisme (perghh...term baru) terhdp arnab2 anda.Jadi,dia boleh menjangkiti arnab2 lain.Ini boleh dirawat dgn menggunakan kaedah biase iaitu bersihkan kerak2 dgn berhati2 di kawasan yg dijangkiti kapas/cotton swab dan balut dengan batang/kayu/pencungkil kayu bersaiz kecil  bersama2  inhydrogen peroxide (berfungsi untuk menyahjangkitan bakteria2)Selain itu, dengan sapu sahaja losyen kurap yg banyak ader kat pet shop selama beberapa hari sehinggalah kering dan jd anggun balik arnab2 tu...

4)COCCIDIOSIS -

· Coccidiosis adalah penyakit yg menyedihkan bagi AntuArnab kerana arnab2 mendapat penyakit ini disebabkan tabiat menjilat kakinya yg kotor ataupun dgn makan dan minum daripada air dan makanan yg telah dicemari oleh bakteria Eimeria bovis and E. zurnii.. Selalunya disebabkan keadaan sangkar arnab yg kotor dengan tempat tidur arnab tidak pernah ditukar & dibersihkan dan sumber makanan & minuman yg tidak bersih.Akibatnya!arnab2 ini akan mengalami penurunan berat badan yg ketara dan duduk dlm posisi menonggeng/membongkok dgn kaki hadapannya dilunjurkan.Mereka juga akan mendapat cirit-birit yg teruk dan tiba2 je ko tgk arnab ko dh kurus & hilang berat secara tiba2. Penyakit ini menyebabkan kerugian yg besar kpd arnab2 yg muda ttp boleh dihindarkan dgn mencampurkan COCCIDIOSTAT dalam pellet makanan mereka..

Contoh COCCIDIOSTAT:
Yg ni dlm bentuk cecair dr CORID.


5) SIMPTOM2 SELESEMA
Simptom selesema adalah seperti bersin dan menyembur2 hidung yg kegatalan. Selalunya x berapa serius kpd arnab kesayangan kita,tetapiiiiii...HARUSLAH anda asingkan mereka drpd arnab2 yg lain...


6) CONJUNCTIVITIS a.k.a KERADANGAN MATA


Conjunctivitis ni adalah keradangan atau bengkak di mata disebabkan oleh arnab jantan yg sukati die je nak sembur2 air kencing die, angin yg kuat,gas busuk daripada ammonia (konfem2 la ammonia ni busuk kan...), ataupun keadaan atmosfera yg berhabuk.


Isk3...jgn dibiarkan..haruslah dirawat segera.




7) ARNABKU SEMBELIIITTT..


Sembelit kepada arnab selalunya adlah sebab musabab arnab tidak mahu makan & jika anda membuat renungan tajam (huhuhu) kat "mangkuk tandas" mereka, arnab2 ini hanya menghasilkan TAIK YG KERAS DAN KERING.

CARA MERAWAT:

Hehehe....senang je..bagi la diorang berlari2 Siti di Alam Fantasi di padang rumput...x pun,kalau ddk di area apartment,rajin2 la potong carrot utk rabbits u all cuci peroott..

Alaaa...main suap2 pulak..


8) HEAT STRESS a.k.a SAYA X TAHAN PANAS...

Arnab yg kepanasan akan menyebabkan mereka ni mempunyai perangai akan berbaring secara tertiarap ataupun kalau u all dh tgk mereka terbaring lemah dan tercungap2/termengah2 dgn kadar yg laju...that's the sign! So...what u can do to help them is letakkan sebotol air yg dh disejukbekukan dlm peti ais dkt sblh diorang/sangkar arnab & Insya-Allah blh trunkan suhu sekeliling dan mereka boleh merasa ala-ala air cond gitu..WARNING!! Heat stress kalau x dek tindakan cepat akan menyebabkan ur rabbit hilang nyawa dlm beberapa jam sahaja.X nak kan kan kan? 
Okeh...Ajis! Bangun ko dr situ.




9) MUCOID ENTERITIS ataupun USUS BENGKAK & BERLENDIR

Credit to CORNELL UNIVERSITY
MUCOID ENTERITIS ataupun pambengkakan atau akibat penghakisan adalah penyebab utama kematian arnab.Simptom2 yg perlu diberi perhatian adalah seperti:
  1. Arnab anda tidak mempedulikan/menghiraukan anda
  2. Mengetap-ngetap gigi
  3. Kehilangan berat badan
  4. Mata yg menjadi juling
    Selalunya mereka akan mengalami cirit-birit yg teruk di mana najis mereka mengandungi lendir yg jernih.Jadi,tindakan yg perlu dilakukan ialah...ketepikan pellet makanan dan bagi mereka 'hay' (rumput kering) dan diberi banyak air untuk diminum.Lakukan secara berperingkat,dan kalau anda yakin dengan kesihatan arnab anda,beri semula pellet mknan mereka sedikit demi sedikit sehingga mereka benar2 pulih.

    10) OBESITI?

    Obesiti ni adalah disebabkan terlebih beri arnab2 anda makan dan mengakibatkan kegagalan/kelemahan dalam pembiakan dan menjadi tidak subur.Kematian yg secara tiba-tiba juga boleh berlaku.Cara nak merawatnya?senang saje...kurangkan makan,banyakkan bersenam dan bermain.
    11) KELUMPUHAN

    Lumpuh berlaku apabila berlaku kecederaan kepada arnab anda di bahagian tulang belakang mereka.Ini mungkin disebabkan kecederaan  jatuh ataupun diganggu oleh haiwan2 lain.Selalunya,untuk masalah kelumpuhan ni,tiada ubat atau cara yg boleh membantu,dan mungkin mengambil jln terakhir iaitu dgn 'membunuh' mereka daripada mereka terus menderita.Tapi,AntuArnab x tau nk galakkan ke tidak.U choose the best k!

    12) RED WATER a.k.a AIR MERAH

    Red Water ni adlah kencing berdarah yg berlaku disebabkan suhu yg sejuk,memakan makanan berasaskan tumbuhan hijau atau lobak yg terlalu banyak.Cara rawatan x susah,jgn bagi dah die makan benda2 tu,dan bagi mereka air yg banyak.

    13) SNUFFLES a.k.a selesema versi arnab (BERNAFAS DENGAN KUAT dan BISING)

    Snuffles adalah lelehan putih dan pekat yg keluar daripada hidung arnab anda dan diikuti bersin yg kerap.Ini adalah disebabkan tekanan ataupun pengudaraan yg buruk di dalam kawasan tempat tinggal arnab dan mudah dijangkiti arnab2 yg lain.Penyelesaiannya...arnab itu diberi antibiotik untuk 14-30 hari ataupun arnab itu seharusnya dihapuskan supaya tidak menjangkiti arnab2 lain.Isk3..

    PERINGATAN!
    Walaupun pemilik/tuan empunya arnab perlu tahu tentang penyakit2 ini,dinasihatkan jika terdapat keraguan tentangnya,silalah bawa arnab anda ke klinik veterinar yg berhampiran...AntuArnab hanya berkongsi idea dan ilmu.Sekian...^o^






    16 comments:

    1. nak tanye knpe arnab saye tibe2 terbaring.. ble cube bgunkan pun dye x leh nak bgun .. kdg2 seperti kekejangan.. dan meninggal dunia..
      ape pnyakit dye?? tlg emailkan kat tinbiskutkosong@gmail.com

      ReplyDelete
    2. arnab saya dh lumpuh mcmana nk sembuhkan kesian kat dia jln mengengsot ja huhu

      ReplyDelete
      Replies
      1. selalunya jika arnab mengalami patah di bahagian2 tertentu,rawatannya sama sahaja seperti manusia.jika pergi ke veterinar,mereka akan memasang topang kaki untuk membetulkan semula struktur kaki arnab dan kadangkala memasang simen.tetapi kebanyakannya memang akan mengalami kecacatan kekal.

        Delete
    3. Salam..arnab sy Ade msalah.. berak berlendir hjau n xslera nk mkn pastu xnk main.. sdih tgok.. mcm mne ye..?

      ReplyDelete
      Replies
      1. W'salam....mungkin dia ada termakan apa2 ataupun terlebih makan sayuran yang kalau makan banyak boleh memudaratkan.bergantung pada situasi.seeloknya di bawa ke veterinar.tq..

        Delete
    4. Salam, kenapa arnab betina saya memakan bulu arnab jantan? Boleh tak tinggal dlm 1 cage je?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Oh,arnab betina memang bersikap aggressive pada jantan disebabkan territory marking habbit.sebaiknya diasingkan betina dan jantan kerana betina bersikap protective terutamanya waktu mengawan.tq

        Delete
    5. Kemaluan arnab sy berdarah..n sy xtau kenapa.tp dia still makan n cergas mcm biasa..apa ptt sy buat ya?

      ReplyDelete
    6. Dibbelakang tengkuk arnab saya merah, arnab tu masih kecil lagi.. sy rasa dia makan bulu dia, sebab seperti kehilangan bulu di bhg situ. Bagaiman cara nk elak dan merawatnya?. Sy sudah mmberi mknan pellet dn kurangkan sayuran...

      ReplyDelete
    7. Jom tanam sendiri pokok Alfalfa untuk makanan arnab tersayang.... Biji benih Alfalfa untuk dijual rm50.00 (100gm)...... Harga sudah termasuk kos poslaju. Whatsapp 0132071229.

      ReplyDelete
    8. Arnab saya lumpuh separuh badan. Dia jalan mengesot hanya menggunakan tangan. Puncanya sebab terkena hentakan yg kuat bhgn tulang belakang akibat jatuh longkang. Ada tak cara mengubatinya tu? Saya tak sampai hati na sembelih

      ReplyDelete
    9. Mcm Mna kalu kaki arnab sya patah mungkin d sebabkn tersepit / maknya tendang... Kaki dah trkeluar tulang dah xbolh sambung😥

      ReplyDelete
    10. Email dianakydit94@gmail.com sya

      ReplyDelete
    11. Arnab jantan sye dia berak sembelit.. Kena tolong tolak keluar najis dia guna kapas... Lps tu mata dia ad lendir putih asik keluar... Sakit ape ye? Mohon bantu 😭

      ReplyDelete
    12. Nak tanya ada sesiapa bleh bantu tak, knapa arnab sya kencing bedarah ya?

      ReplyDelete

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...