Friday, January 28, 2011

KENAPA PILIH SAYA JADI PET AWAK?APA YANG AWAK PERLU TAHU SEBELUM MEMELIHARA SEEKOR ARNAB...*v*

Harharhar...Panjangkan tajuk entri nih?x pe..kasi nampak sikit..Kenapa pilih arnab jd binatang kesayangan kita? Eh,bukan sunnah ke kalau kita bela kucing?kenapa ko nak bela arnab pulak?tah lah maintenance tinggi,x manje mcm kucing pulak tu! Susah lah jaga arnab! Heh,mungkin korang pernah ditanya soalan2 hangit macam ni kan?Xpe2...askar2 arnab.Beratur dlm barisan...mari berJIHAD jawapan!Eh,lebey ar ko Ajis!Baik..

Antara sebab2 mungkin kita menyayangi arnab adalah sebab arnab ni adalh binatang yg mempunyai sikap sosial yg tinggi (bukan suka merewang2 ye kawan2..) dgn keaktifan mereka bermain dan mencuit hati (Betul tak?Betul tak?).Kalau dh comel mcm tu, tak mustahil kalau ikatan kasih sayang terbina antara arnab dan tuan die kan? Selagi kita tau apa yg kita boleh jangkakan daripada arnab kesayangan kita,mereka boleh jadi binatang haiwan peliharaan yang sgt wonderful untuk korang.Siap boleh ajak Ajis main UNO lagi...Lagi satu, jangka hayat arnab juga agak lame iaitu dlm 5-15 tahun..dgn syarat HARUSLAH jaga mereka dgn elok2..Lagi satu nk tmbh,walaupun arnab ni tidaklah semanja kucing,tapi mereka pun ade kelebihan mcm kucing jgk,iaitu boleh dilatih untuk melakukan perkumuhan secara beradab (heh,ayat sgguh x bleh blah.) dan memberi respon yg baik bila diajar secara berhemah dan boleh diajar melakukan mcm trick (jgn diajar mencuri sudah...mcm burung Mr.Bean).

Masih konfius?mari kita buka minda utk berfikir sebelum adopt rabbit to be ur pet.Sebelum adopt mereka,sila fikir semasak2nya perkara2 apa yg awak perlu tahu seperti di bawah:
  •  Sebagai seorang seekor yang sosial,arnab memerlukan interaksi yg baik dgn tuan empunya ataupun arnab2 lain untuk merasa gembira.Jadi,mereka memerlukan waktu bermain dan senaman yg konsisten setiap hari di luar.Kalau x boleh jd sakit jiwa.hehehe...
  • Arnab juga bukanlah binatang peliharaan yg rendah kosnya (kucing ngan anjing pun sama kan kan kan?),tp berbaloi melihat mereka menjadi sihat disebabkan keprihatinan kita menjaga mereka.
  • Pellet makanan arnab tidak memadai/mencukupi utk diet mereka.Mereka memerlukan makanan pelawas dan kadangkala perlu diberi sayur-sayuran.So,kalau masak ader sayur yg lebih,silalah derma dkt mereka.But,bkn sebrgn sayur yer..kobis & carrot bole..
  • Seperti yg kita tahu,arnab suka mengunyah kan..so,apa salahnya belikan mereka 'safe chew toys' dan pastikan tmpt mereka bermain tdk merbahaya utk mereka.
  • Yg ini,sila ambil perhatian okeh...arnab memerlukan sangkar yg besar untuk menempatkan mereka.Untuk Ajis, AntuArnab pakai sangkar berukuran 4 kaki X 3 kaki.Lebih baik jikadiletakkan di dalam rumah supaya selamat daripada pemangsa di luar sana (supaya x jadi mcm Ajis yg kena gigit anjing) dan cuaca yg tidak menentu..
  • Semasa mereka masih baru dlm jagaan anda,arnab tidak sesuai dibenarkan bermain2 dgn kanak2 krn dikhuatiri mereka berkasar dgn arnab anda & boleh jd trauma dgn org sekeliling.
  • Arnab mungkin suka mendekati manusia/binatang lain,tetapi...mereka biasanya tidak suka dipegang dan suka meronta2.
  • Mungkin mereka memerlukan sedikit penjagaan veterinar,yg mane mgkin mahal sedikit (kucing pun lebih kurang jgk kan...).Mungkin anda nk mereka divaksinkan.Itu pun bergantung di mana anda tingal...Pasal pemandulan,AntuArnab rase kesian lah plak..

Heh,lebih kurang mcm kucing jgk kan?Anyways,name pun pet,mmglah harus dijaga dgn sebaik2nya.tp,x pyhlah terlalu concern or cerewet tntg penjagaan arnab.Len la nk masuk pertandingan ARNAB PALING ANGGUN kengkadang depend jgk kat owner die ye.Mcm AntuArnab,Ajis diberi mknan mcm biasa dan senaman yg mencukupi sahaja...sekian...berjumpa lg dlm next entry...Chalo!



2 comments:

  1. thanks.. sy pon syg sgt kt arnab sy.. mudah2an dy sntiasa sht..aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he3...kena lah syg semua binatang.bagus2...keep up the good work

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...